21 January 2010

Bukti Kekuasaan Allah...

Terdapat pelbagai bukti kekuasaan Allah yang boleh kita renungkan bersama..disertakan di sini beberapa keping gambar yang selalu kita lihat tetapi jarang kita berfikir atau bertanya...siapakah yang mencipta semua ini? Gambar-gambar ini juga adalah salah satu tugasan di dalam kelas EDT5303.


Daun Pisang: Konsep 'Line'.






Saat Matahari Terbenam: Konsep 'Abstrak'.



Ayam & rezekinya : Konsep 'Frame'.
(Di sebalik atap zink yang berkarat)


Sahabat kepada ayam di atas.



Setiap jenis bunga mempunyai warna & bentuk yang berlainan.


Bunga kepada ulam raja.




Rambutan dengan rambutnya.



Kelapa tanpa sabutnya.


Ada sesuatu di sana...



Sesungguhnya..Subhanallah...

Abdul Rahman b. Auf : Dermawan Islam

Merupakan salah seorang tokoh Islam..Beliau terkenal dengan sifatnya yang pemurah & dermawan.. Banyak sumbangan beliau untuk menegakkan Islam termasuklah menyertai beberapa peperangan. Slide ini boleh dijadikan rujukan dalam topik Sirah Tingkatan 2.

19 January 2010

Jagalah bersama-sama...

Video ini adalah hasil kerja kumpulan saya yang terdiri daripada Marshitah Mutalib, Mariayani Abdul Rahim & saya sendiri..Video ini boleh dijadikan set induksi untuk subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 di bawah topik Adab: Menjaga Harta Awam..Semoga video ini dapat dijadikan renungan buat kita semua..




Apa pendapat anda setelah melihat video tadi? Tidak patut kan jika kita bersikap demikian..kita akan kata siapalah punya kerja? Tidak bertanggungjawab langsung!!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga dan memelihara segala kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kegunaan kita bersama. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri sahaja..harta awam harta untuk semua..kalau bukan kita yg sama-sama jaga, SIAPA lagi? cubalah bersyukur atas apa yang telah disediakan, gunakan sebaiknya..

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada akal..fikir sebelum membuat sesuatu..jika orang lain tidak nampak apa yg anda lakukan..ingatlah..yang di 'atas' pasti nampak..Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui..

17 January 2010

RPH, Cerita & Kuiz Analitikal...

Ini adalah hasil kerja semasa kelas pedagogi sem lepas yang dapat dikongsi bersama..sebarang komen amat dialu2kan bagi memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik..Insya Allah..

  • RPH(Rancangan Pengajaran Harian) : yang perlu disediakan sebelum memulakan pengajaran di dalam kelas.

  • Cerita : Sesuai dijadikan sebagai set induksi mahupun di tengah-tengah sewaktu pengajaran berlangsung.

  • Kuiz Analitikal: Juga sesuai dijadikan sebagai set induksi ataupun semasa sesi penilaian para pelajar.

15 January 2010

Study & Exam...


(minggu exam: 15-19/1/10)
kenapa perlu study?..
kenapa perlu exam?..

masa berlalu terlalu cepat..sedar x sedar kita akan meninggalkan kelas..namun, tugas mencari ilmu masih belum berakhir..masih terlalu banyak untuk aku pelajari, untuk aku dalami, untuk aku selami, untuk aku dekati, untuk aku hayati, segalanya untuk pengisian diri,pengisian hati, pengisian rohani..yang akan dikongsi bersama..pelajar2..rakan2 juga..

mungkin kita anggap exam itu suatu bebanan..yg sememangnya untuk menguji kefahaman..yg sememangnya menjadi penilaian diri..bg meningkatkan prestasi..serta perbaiki diri..

yang pasti..semua dugaan dan ujian itu datang dari Yang Maha Esa..menguji tahap keimanan hamba2-Nya..