19 January 2010

Jagalah bersama-sama...

Video ini adalah hasil kerja kumpulan saya yang terdiri daripada Marshitah Mutalib, Mariayani Abdul Rahim & saya sendiri..Video ini boleh dijadikan set induksi untuk subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 di bawah topik Adab: Menjaga Harta Awam..Semoga video ini dapat dijadikan renungan buat kita semua..




Apa pendapat anda setelah melihat video tadi? Tidak patut kan jika kita bersikap demikian..kita akan kata siapalah punya kerja? Tidak bertanggungjawab langsung!!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga dan memelihara segala kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kegunaan kita bersama. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri sahaja..harta awam harta untuk semua..kalau bukan kita yg sama-sama jaga, SIAPA lagi? cubalah bersyukur atas apa yang telah disediakan, gunakan sebaiknya..

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada akal..fikir sebelum membuat sesuatu..jika orang lain tidak nampak apa yg anda lakukan..ingatlah..yang di 'atas' pasti nampak..Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment